Pada hari ini tanggal 5 Januari 2011 satu majlis Perasmian Pelancaran "JOM KE SEKOLAH" telah dirasmikan oleh Drs. Amran . Dalam ucapan perasmian ini , beliau amat berbangga dan terharu dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga guru dan ibu bapa SKPS. Komitmen yang tinggi ini terbukti apabila SKPS mencatat sejarah tersendiri dengan pencapaian UPSR 32% pada tahun 2010. Peningkatan pencapaian 32% ini juga menjadikan SKPS menduduki senarai tempat ke2 di antara 34 buah sekolah di PPD Bachok. Pada 2009 pencapaian 5A seramai 35 orang dengan calon berjumlah 142 orang, sementara tahun 2010 pencapaian 5A adalah 32 orang dengan calon seramai 99 orang sahaja. Beliau juga turut melahirkan rasa bangga dan teruja dengan kesungguhan En. Mohd Nuri Awang Lah dalam mentadbir SKPS sehingga berjaya melahirkan guru-guru yang berpotensi dan cekal dalam menjalankan tugas masing-masing serta manjadikan SKPS sebagai 'sekolah tarikan' di sekitar dan di luar Kampung Pauh Sembilan. Akhir sekali beliau mengharapkan agar kerjasama di antara guru-guru dan pihak ibu bapa akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa demi kejayaan dan kecemerlangan anak didik di SKPS.
Lawatan Sambil Belajar ke Radio Malaysia Kelantan FM dan Lawatan Pesta Buku Kelantan 2012
-
Tarikh: 3 April 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 Pagi hingga 3.00 Ptg
2 beberapa blan yang lalu


Kota Baharu Time





0 ulasan:
Catat Ulasan